Ringgit 'melompat' cecah RM4.11 | DagangNews Skip to main content

Ringgit 'melompat' cecah RM4.11

 

 

KUALA LUMPUR 20 April - Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak yang kembali melonjak menjadi antara pemangkin kepada pengukuhan ringgit.

 

Pagi ini, mata wang itu dibuka pada RM4.1180/1230 berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada penutupan semalam, RM4.1220/1250.

 

HLIB Research berkata, tumpuan kini diberikan kepada hasil korporat AS pada minggu ini.

 

Firma itu mengekalkan pandangan neutral kepada lemah bagi dagangan dolar AS/ringgit di tengah-tengah kelemahan mata wang utama itu yang masih berterusan. 

 

"Kami melihat pergerakan dolar AS masih lemah dengan hasil akan menjadi penentu utama, justeru, kami menjangkakan ringgit akan berlegar minggu pada julat antara RM4.1150 hingga RM4.1350," katanya dalam nota kajian.

 

Antara data yang menjadi fokus termasukkan PMI Markit bagi April, selepas AS merekodkan paras yang tinggi pada Mac, 59.1 hingga 60.4. 

 

Sementara itu, firma itu berkata, harga minyak mentah juga kembali meningkat kira-kira 0.4% yang menyaksikan Brent ditutup pada AS$67.05 setong, paras tertinggi sejak pertengahan Mac.

 

West Texas Intermediate (WTI) pula mengakhiri dagangan pada AS$63.38 setong. - DagangNews.com