Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.4 bilion pada 15 Februari 2024 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.4 bilion pada 15 Februari 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Feb - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.4 bilion pada 15 Februari 2024 berbanding AS$114.8 bilion pada 31 Januari lalu. 

 

BNM dalam satu kenyataan berkata, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

 

Katanya, aset bank pusat itu berjumlah RM634.18 bilion, yang terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.72 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.31 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.5 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM61.5 bilion).

 

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM186.3 bilion), mata wang dalam edaran (RM169.9 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM156.4 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM18.3 bilion), deposit lain (RM39.6 bilion), kertas Bank Negara (RM30.7 bilion), peruntukan SDR (RM29.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.2 bilion). - DagangNews.com