Rizab BNM berjumlah AS$109.3 bilion setakat 15 April 2021 | DagangNews Skip to main content

Rizab BNM berjumlah AS$109.3 bilion setakat 15 April 2021

 

 

KUALA LUMPUR 22 April - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.3 bilion pada 15 April 2021. 

 

Paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.9 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.7 bilion).

 

"Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM453.67 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.44 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.45 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.20 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.85 bilion)," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

BNM berkata, modal dan liabilti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.30 bilion), mata wang dalam edaran (RM141.43 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.46 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.90 billon), deposit-deposit lain (RM9.68 bilion), kertas Bank Negara (RM7.84 billon), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.15 bilion). - DagangNews.com