Rizab BNM meningkat AS$109.2 bilion setakat 15 Mac | DagangNews Skip to main content

Rizab BNM meningkat AS$109.2 bilion setakat 15 Mac

 

 

KUALA LUMPUR 22 Mac - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 15 Mac 2021 berjumlah AS$109.2 bilion, meningkat 0.18% berbanding RM109 bilion pada 28 Februari lalu.

 

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

"Rizab aset lain meningkat kepada AS$4.5 bilion daripada AS$3.3 bilion manakala rizab mata wang asing jatuh kepada AS$99.6 bilion daripada AS$100.6 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Bagaimanapun, kedudukan rizab BNM Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) dan emas masing-masing kekal tidak berubah pada AS$1.5 bilion, AS$1.2 bilion dan AS$2.4 bilion. 

 

Keseluruhan aset meningkat 0.17% kepada RM492.02 bilion daripada RM491.19 bilion. - DagangNews.com