KUALA LUMPUR 22 Nov - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.5 bilion setakat 15 November 2021.
Dalam kenyataan, BNM berkata, paras rizab itu adalah memadai bagi membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion), dan aset rizab lain (AS$4 bilion).
"Aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM487.80 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.63 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.91 bilion)," katanya.
Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar yang berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM187.35 bilion), mata wang dalam edaran (RM147.81 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.48 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.54 bilion), lain-lain deposit (RM7.31 bilion), kertas Bank Negara (RM7.53 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.89 bilion). - DagangNews.com