RM10,000 akan disumbang kepada waris ahli keluarga yang meninggal dunia akibat banjir - PM | DagangNews Skip to main content

RM10,000 akan disumbang kepada waris ahli keluarga yang meninggal dunia akibat banjir - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat mangsa banjir di beberapa PPS di sekitar Mentakab dan Karak.

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 24 Dis - Kerajaan akan menyumbang RM10,000 kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mendapatkan senarai nama yang terkorban daripada pusat bencana daerah, bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera kepada waris mereka.

 

“Kita amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku dan kita akan beri sumbangan…kita akan salurkan melalui pejabat daerah dan mereka akan salurkan kepada waris mangsa.

 

“Difahamkan juga kerajaan negeri Pahang juga akan menyalur RM5,000 kepada waris mangsa yang terkorban,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini, hari ini, lapor Bernama.

 

Bagi membantu negeri yang teruk terjejas banjir, Ismail Sabri berkata kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada Pahang dan Selangor. - DagangNews.com