RM24 juta biaya caruman penuh Perkeso 'delivery riders' | DagangNews Skip to main content

RM24 juta biaya caruman penuh Perkeso 'delivery riders'

delivery riders'

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM24 juta untuk membiayai caruman penuh 'delivery riders' di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan itu diberi adalah untuk menghargai sumbangan delivery riders yang menjadi barisan sokongan dalam penghantaran barangan dan makanan semasa tempoh kawalan pergerakan.

 

"Sehubungan itu, sejumlah RM24 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membiayai caruman penuh mereka di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso. 

 

"Setakat ini, hampir 32,000 permohonan daripada delivery riders telah diterima untuk perlindungan skim berkenaan," jelas beliau  ketika mengumumkan pakej Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai) hari ini.

 

Pakej bantuan Permai diumumkan untuk menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan. 

 

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah pakej tersebut yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. - DagangNews.com