RMKe-12: Kerajaan komited terus bantu Perusahaan Mikro Kecil Sederhana | DagangNews Skip to main content

RMKe-12: Kerajaan komited terus bantu Perusahaan Mikro Kecil Sederhana

KUALA LUMPUR 27 Sept - Kerajaan komited untuk terus membantu dan menyokong pemulihan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada akhir tahun 2020, bilangan PMKS dianggarkan hampir 1.2 juta, bersamaan dengan 97.2% daripada jumlah keseluruhan perusahaan.

 

Namun kata beliau, sebahagian besar PMKS perlu diperkasa semula setelah terjejas akibat pandemik.

 

''Oleh itu, kerajaan komited untuk terus membantu dan menyokong pemulihan PMKS.

 

''Pada masa yang sama, PMKS digalak meneruskan agenda tranformasi digital bagi memacu pertumbuhan dalam norma baharu pasca pandemik,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com