RMKe-12 : Program TVET akan diperkasa | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : Program TVET akan diperkasa

KUALA LUMPUR 27 Sept - Program TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, platform berpusat bagi data penawaran dan permintaan TVET juga akan dibangunkan.

 

''Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com