KUALA LUMPUR 27 Sept - Kerajaan menyasarkan purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira RM10,000 sebulan pada tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
''Insya-Allah dengan beberapa pembaharuan yang dilaksanakan menerusi pelan pembangunan menyeluruh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com