Roche, MUIS perkenal inisiatif pembiayaan bantu pesakit kanser payudara B40 dan M40 di Sabah | DagangNews Skip to main content

Roche, MUIS perkenal inisiatif pembiayaan bantu pesakit kanser payudara B40 dan M40 di Sabah

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Dis - Roche (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan inisiatif yang dikenali sebagai 'ZAKAT for HER' untuk meringankan beban kos perubatan pesakit kanser payudara di Sabah.

 

Program tersebut akan ditadbir Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) dan Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Negeri Sabah.

 

Diterajui program pendanaan bersama dengan kerjasama MUIS Malaysia, projek itu bertujuan untuk membantu pesakit yang kurang berupaya daripada segi kewangan di sektor awam.

 

Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pengagihan semasa beban kos penjagaan kesihatan di Malaysia.

 

"Di negara kita, sebahagian besar penduduk, terutamanya mereka dalam golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 sangat bergantung kepada sektor kesihatan awam," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Kementerian Kesihatan menanggung 49.3% peratus kos perubatan, tetapi perbelanjaan yang lain masih merangkumi 31.5% peratus. Terdapat keperluan yang mendesak untuk kerjasama antara sektor swasta dan awam untuk meringankan beban kedua-dua pihak Kementerian Kesihatan dan rakyat.

 

 

roche

 

 

Lebih 66%  pesakit kanser di negeri Sabah disahkan menghidap kanser di peringkat akhir.  Penekanan mengenai kepentingan kesihatan harus diberi keutamaan, terutamanya dalam kalangan penduduk luar bandar. 

 

Kelewatan wanita mendapatkan rawatan sering didorong sikap untuk mencari rawatan alternatif atau tradisional sebelum mendapat diagnosis yang menyeluruh.

 

Dalam kerjasama awam-swasta yang dinamik, Roche dan MUIS mengetuai inisiatif untuk mendapatkan akses rawatan kanser payudara yang inovatif. 

 

Model pembiayaan inovatif itu menyatukan penyumbang untuk berkongsi kos rawatan bagi pesakit B40 dan M40 yang kurang berupaya. Model itu boleh diperluaskan dan bertujuan untuk memberi akses terapi inovatif kepada semua lapisan masyrakat bagi memastikan rawatan optimum.

 

Pengurus Besar Roche Malaysia, Deepti Saraf berkata, wanita tidak sepatutnya dinafikan peluang untuk mendapat rawatan semata-mata kerana kos rawatan yang tinggi.

 

"Roche berdiri di barisan hadapan, merintis rumusan inovatif untuk merapatkan jurang dalam sektor perubataan di Malaysia. Komitmen semua pihak sangat penting mempergiatkan usaha dalam membina sistem penjagaan kesihatan yang mudah diakses semua pihak," katanya. - DagangNews.com