Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Harga runcit bagi Petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 3 sen bagi setiap liter.
Kementeri Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kenaikan harga tersebut berkuat kuasa pada 12 hingga 18 Disember 2020.
"Harga runcit petrol ROn97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.00 seliter kepada RM2.03 seliter.
"Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.70 seliter kepada RM1.73 seliter.
"Harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter," jelas Kementerian Kewangan hari ini.
Penetapan harga yang diumumkan itu dibuat berdasarkan kepada harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Dalam kenyataan yang sama, Kementeri Kewangan memberitahu bahawa kerajaan akan terus membuat pemantauan kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - DagangNews.com