Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak lima sen seliter bermula 16 hingga 22 Januari 2021.
Kementerian Kewangan memberitahu, harga tersebut dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM2.14 seliter kepada RM2.19 seliter.
"Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak lima sen iaitu daripada RM1.84 seliter kepada RM1.89 seliter
"Harga runcit diesel naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan yang sama, Kementerian Kewangan memberitahu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang berterusan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - DagangNews.com