Saham Serba Dinamik, AE Multi Holdings, Privisia Technology, Kumpulan Jetson dan Pakukhas Group aktif didagangkan pagi ini | DagangNews Skip to main content

Saham Serba Dinamik, AE Multi Holdings, Privisia Technology, Kumpulan Jetson dan Pakukhas Group aktif didagangkan pagi ini

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 7 Julai - Pasaran saham tempatan terus didagangkan dalam jajaran terhad dengan dibuka lebih rendah sedikit pada dagangan pagi ini.

 

Indeks pasaran utama, FBM KLCI menyusut 1.38 mata kepada 1,530.25.

 

Beralih kepada prestasi saham syarikat-syarikat, Serba Dinamik Holdings Berhad, AE Multi Holdings Berhad, Privasia Technology Berhad, Kumpulan Jetson Berhad dan Pasukhas Group Berhad paling aktif diniagakan pagi ini. 

 

Seperti biasa, saham Serba Dinamik terus mengungguli kaunter tersebut, namun menyusut 0.015 sen atau 2.94% kepada 0.495 sen setakat 9.17 pagi. 

 

Lewat petang semalam, Serba Dinamik dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia mendedahkan syarikat dijangka melantik pengaudit baharu menjelang penghujung bulan ini.

 

Permohonan cadangan untuk penyediaan audit luaran telah diajukan kepada firma audit antarabangsa pada 27 Jun lalu.

 

Turut menjadi tumpuan pelabur pagi ini Privasia Technology yang diheret turun 3.85% atau 0.010 sen kepada 0.250 sen setakat 9.21 pagi. 

 

Ini diikuti oleh AE Multi Holdings yang sebaliknya menyaksikan lonjakan dengan ketara, peningkatan 22.22% atau 0.010 sen kepada 0.055 sen, dua minit selepas itu. 

 

Impak positif turut dirasai Kumpulan Jetson apabila saham itu masih lagi aktif diniagakan pagi ini, menokok 10.64% atau 0.050 sen kepada 0.520 sen setakat 9.24 pagi. 

 

Dalam kaunter untung, Nestle membuat ‘pusingan’ daripada prestasi penutupan semalam, apabila melonjak 0.900 sen kepada RM133.90.

 

Ini diikuti oleh Genetec Technology Berhad, Malaysian Pacific Industries Berhad, Aeon Credit Service (M) Berhad, Y&G Corporation Berhad, Grand Hoover Berhad  dan ViTrox Corporation Berhad.

 

Secara keseluruhannya, pasaran pagi ini didagangkan agak negatif, dengan kaunter rugi sebanyak 253 mendahului kaunter untung sebanyak 145. - DagangNews.com