Saham Yinson turun 13% susulan penangguhan kontrak FPSO PDB | DagangNews Skip to main content

Saham Yinson turun 13% susulan penangguhan kontrak FPSO PDB

 Yinson Holdings Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Saham syarikat perkhidmatan kapal floating production offload vessels (FPSO), Yinson Holdings Berhad (Yinson) turun sebanyak 13% kepada RM4.75 setakat 12.30 tengah hari tadi.

CGS-CIMB Research berkata, kajatuhan tersebut berpunca daripada penangguhan kontrak FPSO Parque das Baleias (PDB) yang dibuat oleh Petrobras.

"Pada 16 Oktober baru-baru ini, Petrobras memaklumkan pihaknya tidak akan menyerahkan kontrak FPSO PDB kepada Yinson melainkan proses pembidaan dilakukan semula.

"Sasaran awal FPSO berkenaan adalah pada tahun 2023 dan ditangguhkan hingga 2024.

"Ini adalah kekecewaan besar kali kedua Yinson sejak kejatuhan harga minyak pada Mac," jelas CGS-CIMB Research.

Berikutan itu, pelabur dengan jelas memberi harapan kepada Yinson untuk mendapatkan kontrak berkenaan yang dizahirkan dengan penurunan harga saham sebanyak 13% tengah hari tadi kepada RM4.75.

Yinson pernah mengalami nasib sama dengan syarikat Aker Energy yang membatalkan projek Ghana.

Projek berkenaan diserahkan kepada Yinson pad Februari sebagai surat niat atau Letter of Intent (LOI) bagi piagam FPSO Pecan.

Bagaimanapun, perkara tersebut belum diserahkan secara rasmi kepada Yinson sebagai kontrak syarikat.

Tambah CGS-CIMB Research, sekiranya Yinson berjaya memenangi projek FPSO PDB itu, syarikat berkenaan berkemungkinan akan meningkatkan RM500 juta hingga RM700 juta terbitan hak.- DagangNews.com