Saipolyazan M Yusop dilantik sebagai CEO baharu MBI Selangor berkuat kuasa serta-merta | DagangNews Skip to main content

Saipolyazan M Yusop dilantik sebagai CEO baharu MBI Selangor berkuat kuasa serta-merta

Saipolyazan M Yusop
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Feb - Menteri Besar Selangor (Inc) (MBI) menamakan Saipolyazan M Yusop, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

 

Beliau mengambil alih jawatan Norita Mohd Sidek, yang berkhidmat di jawatan tertinggi itu sejak Ogos 2020.

 

MBI berkata, pihaknya berbesar hati menerima kehadiran Saipolyazan dan yakin kredibilitinya serta kepakaran perniagaan selama lebih 30 tahun akan memacu syarikat itu ke hadapan.

 

Semasa majlis penyerahan tugas pada 7 Februari 2024, Menteri Besar Selangor dan Pengerusi MBI, Datuk Seri Amirudin Shari , kepimpinan dinamik dan kemahiran Saipolyazan akan memberi nilai kepada syarikat itu kerana ia mendorong kepada transformasi selanjutnya pada tahun-tahun akan datang.

 

"Dengan rekod cemerlang beliau (Saipolyazan) merentasi pelbagai sektor, Menteri Besar juga yakin kerjasama dan sinergi antara MBI dan kerajaan negeri dapat dipacu ke tahap tertinggi dalam usaha merealisasikan agenda pembangunan mampan negeri," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Sebelum menyertai MBI, Saipolyazan memegang beberapa peranan penting dalam beberapa syarikat dan syarikat gabungan kerajaan.

 

Beliau pernah berkhidmat di Petronas, Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan sebuah syarikat pembinaan utama Timur Tengah, antara lain.

 

Beliau kemudiannya menyandang jawatan yang lebih penting apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor pada Jun 2019 dan Executive Jet Aviation Sdn Bhd pada Januari 2023, lapor New Straits Times.

 

 Saipolyazan juga kini merupakan ahli Suruhanjaya Sekuriti. - DagangNews.com