Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]
KUALA LUMPUR 7 Jan - Samsung memulakan tahun baharu dengan melancarkan Galaxy A52s 5G baharu yang dilengkapi ciri-ciri menarik, serba lengkap dan memukau.
Samsung Malaysia Electronics memaklumkan, telefon pintar itu dilengkapi dengan skrin besar yang tidak akan menjejaskan pengalaman pengguna.
"Dengan paparan FHD+ Super AMOLED yang mencapai sehingga 800 nit, anda boleh membaca atau menonton filem kegemaran anda walaupun di hari panas terik.
"Ia turut dilengkapi Eye Comfort Shield dengan membenarkan pengguna menatap selama berjam-jam dengan lebih selesa dengan menurunkan cahaya biru pada skrin.
"Paparan Infinity-O 6.5-inci dengan kadar penyegaran 120Hz memberikan anda pengalaman yang lebih lancar," menurut kenyataan tersebut hari ini.
Menurut Samsung, dengan adanya kamera Ultra Wide 12MP, kamera utama 64MP dengan OIS, kamera makro 5MP dan kamera kedalaman 5MP, pilihan ini akan memberi anda fleksibiliti yang diperlukan untuk sebarang gambar yang diambil dengan kejelasan dan keterangan yang memukau.
"Oleh kerana adanya teknologi Tetra Bining yang mengabungkan empat piksel menjadi satu, anda juga boleh mengambil gambar dalam keadaan gelap.
"Selain itu, peranti dikuasakan dengan bateri 4,500mAh dan anda tidak perlu risau akan penggunaan yang terhad," katanya.
Galaxy A52s 5G menyokong pengecasan 25W yang akan memberikan anda 50 peratus dalam masa 30 minit sahaja.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkixme/ - DagangNews.com