Sandiaga lancarkan kerjasama RichWorks bimbing 200 usahawan Indonesia  | DagangNews Skip to main content

Sandiaga lancarkan kerjasama RichWorks bimbing 200 usahawan Indonesia 

Datuk Wira Dr Azizan Osman menyampaikan ceramah pada sesi business coaching kepada kira-kira 200 usahawan Indonesia di Jakarta pada 30 Julai 2022.

JAKARTA 31 Julai - Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam baik buat RichWork  International Sdn. Bhd., bila dapat bersama kira-kira 200 usahawan terutama dalam sektor ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam. 

 

Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bussines coaching bersama usahawan di republik itu. 

 

Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam  berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan. 

 

“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dibawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno. 

 

“Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya kepada wartawan di sini hari ini. 

 

Tambah Azizan, kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga akan menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan Malaysia-Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara. 

 

"Saya dan RichWorks berasa bangga dan bersedia menyokong perkembangan bisnes kepada lebih 30 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan Greater Indonesia pada 2025. 

 

"Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi berjumlah 279.5 juta penduduk," ujarnya. 


 

richworks

 

richworks

 


Sementara itu, Sandiaga secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks  dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero

 

Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes. 

 

"Belajar daripada kisah saya dipecat pekerjaan ketika krisis kewangan melanda Indonesia pada 1998. 

 

"Kemudian saya harus mengambil langkah untuk bangkit dengan memulakan bisnes sendiri bersama sahabat. 

 

"Dimulakan dengan tiga staf dan hingga saat ini sudah mencapai 30,000 staf.

 

"Sebagai usahawan, kita juga harus memiliki semangat kerja 4AS, iaitu Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Tuntas, dan yang tidak kalah penting adalah Kerja Ikhlas," jelasnya.

 

Tambah Sandiaga, melalui semangat kerja itu apa pun yang menjadi halangan dapat dilalui dengan kemudahan dari Tuhan Yang Maha Kuasa. - DagangNews.com