Sapura Energy, Serba Dinamik, Sedania, Dataprep, DNeX, Kumpulan Jetson aktif diniagakan | DagangNews Skip to main content

Sapura Energy, Serba Dinamik, Sedania, Dataprep, DNeX, Kumpulan Jetson aktif diniagakan

 

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Pasaran saham tempatan hari ini dibuka tinggi apabila indeks utama FBM KLCI menokok 0.8 mata kepada 1,533.16 mata. 

 

Dalam kalangan kaunter aktif, Sapura Energy Bhd. mendahului dengan memulakan dagangan pada 13.5 sen setelah meningkat 3.85%.

 

Ini diikuti saham Sedania Innovator Bhd., menokok 7.55% kepada RM1.14 manakala Serba Dinamik Holdings Bhd. naik 5.15% kepada 51 sen. 

 

Turut didagangkan aktif, termasuklah saham Dataprep Holdings Bhd. naik 8.03% kepada RM1.48 diikuti Dagang Nexchange Bhd., meningkat 1.38% kepada 73.5 sen. 

 

Sebaliknya, Kumpulan Jetson Bhd. pula susut 0.9% kepada 55 sen. 

 

Selain saham-saham yang aktif diniagakan, pelabur juga boleh memberi tumpuan kepada beberapa syarikat berdasarkan pengumuman korporat mereka semalam.

 

Antaranya, Solarvest Holdings Bhd, Chin Hin Group Property Bhd, Straits Inter Logistics Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan OM Holdings Ltd.

 

Di samping itu, Green Packet Bhd, G3 Global Bhd, Mi Technovation Bhd, JF Technology Bhd, Boustead Plantations Bhd dan Ireka Corp Bhd. juga boleh diberikan perhatian. - DagangNews.com