Sasbadi raih 4 kontrak Kementerian Pendidikan berjumlah RM15.6 juta | DagangNews Skip to main content

Sasbadi raih 4 kontrak Kementerian Pendidikan berjumlah RM15.6 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Okt - Sasbadi Holdings Berhad berjaya meraih empat kontrak daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dengan nilai kontrak kolektif berjumlah RM15.6 juta.

 

Kontrak itu berkaitan dengan pembekalan buku teks yang dicetak semula (BCS) serta perkhidmatan membekal dan menyampaikan penyelesaian digital pembacaan pasaran selaras dengan Rangka Kerja Rujukan Biasa untuk Bahasa (CEFR).

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Sasbadi berkata, anak syarikat milik penuhnya Sasbadi Sdn. Bhd. (SSB) telah menandatangani dan menerima empat surat penerimaan daripada KPM bagi empat kontrak itu.

 

Kontrak itu sah dari 6 Oktober 2022 hingga 5 Oktober 2024.

 

Sebahagian besar nilai kontrak adalah daripada dua kontrak untuk membekalkan BCS kepada sekolah di bawah KPM bagi tempoh 2022 hingga 2024 di bawah “Pakej 5 - Semenanjung Malaysia” pada harga RM7.31 juta, dan “Pakej 3 - Semenanjung Malaysia” pada harga RM7.05 juta.

 

Baki dua lagi kontrak bernilai RM1.12 juta setiap satu adalah untuk penyediaan penyelesaian digital pembacaan pasaran CEFR Tahun 1 dan Tahun 3 untuk penggunaan sesi persekolahan bermula 2023.

 

Sasbadi menambah bahawa SSB dijangka menyerahkan kontrak ini mulai suku pertama berakhir 30 November 2022.

 

“Dalam hal ini, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2023 dan seterusnya, sepanjang tempoh kontrak ini,” katanya.

 

Pada waktu rehat tengah hari, saham Sasbadi meningkat 14.29% atau satu setengah sen kepada 12 sen, menjadikan nilai pasaran RM50.9 juta. - DagangNews.com