SAVE tawar e-rebat RM500 pembelian peralatan elektrik domestik untuk mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

SAVE tawar e-rebat RM500 pembelian peralatan elektrik domestik untuk mangsa banjir

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 7 Jan - Program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) menawarkan e-rebat sebanyak RM500 bagi pembelian peralatan elektrik domestik bagi menggantikan peralatan yang rosak kepada mangsa banjir.

 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik.

 

Jelasnya bantuan itu turut dikhususnya kepada kediaman yang terkesan dengan banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana yang disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

 

"Melalui bantuan ini, setiap rumah kediaman pengguna, pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasaraya yang berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah Program SAVE.

 

"Pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik. Bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga," katanya dalam kenyataan hari ini.

taki

Katanya, pengguna terbabit boleh membuat pembelian barangan tersebut melalui program ini yang akan bermula hari ini. 

taki

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk pautan, http:/www.seda.gov.my/bantuan. - DagangNews.com