PUTRAJAYA 16 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa rakyat supaya menyemarakkan lagi perpaduan bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
"Tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan nilai Keluarga Malaysia; keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
"Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara, dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022, kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada. Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia - Teguh Bersama!," kata Perdana Menteri dalam perutusan ringkas menerusi media sosialnya pagi ini. - DagangNews.com