Senai, Johor pula terputus bekalan elektrik hari ini | DagangNews Skip to main content

Senai, Johor pula terputus bekalan elektrik hari ini

Sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454

KUALA LUMPUR 29 Julai - Setelah Lembah Klang dan beberapa negeri terputus bekalan elektrik selama tiga jam semalam, kejadian serupa berlaku lagi di sekitar kawasan Senai dan Skudai, Johor hari ini.

 

Bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik, pihak TNB perlu memasang set janakuasa bergerak (genset) di beberapa pencawang elektrik terlibat bagi sementara waktu secara berperingkat sehingga kerja-kerja membaik pulih siap sepenuhnya.

 

Dalam kernyataan menerusi laman facebook rasminya, TNB berkata, pasukan teknikal TNB sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

 

"Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali.

 

"Panduan Keselamatan: Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutama ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa," kata syarikat utiliti negara itu.

 

Antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Taman Scientex Utama

2. Taman Jaya Sepakat

3. Kampung Jaya Sepakat

4. Hotel Impiana

5. Taman Bahagia Senai

6. Taman Impian Senai

7. Sekolah Seri Omega Senai

8. Taman Beringin

9. Taman Aman Senai

10. R&R Senai

11. Tol Utara Selatan

12. Stesen Minyak Petronas Tol

13. Stesen Minyak Petron Tol

14. Ladang Senai

15. Sekitar kilang Taman Teknologi Johor

16. Kampung Sepakat Baru Senai

 

Sementara itu, dalam pernyataan terbaharunya, TNB mengumumkan akan melaksanakan kerja-kerja Hentitugas Berjadual di sekitar kawasan Sungai Mati, Tangkak, Johor pada 31 Julai ini dari 10 pagi hingga 6 petang.

 

Antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Taman Sri Emas 7

2. Leebertex

3. Rumah Pump Sawah

4. Kampung Pulau Penarik

5. Taman Murni

6. Pekan Sungai Mati - Serom 1

7. Serom 1

8. Leong Hup Serom Baru

9. Kilang Soucern Timber

10. Kilang Ku Swi Chu

11. Zit Sheng Farm

12. Kampung Serom Ulu 2

13. Kampung Serom 3

14. Taman Serom Delima

15. Taman Serom Mutiara Serom 2

16. Pusat Perdagangan Serom 2

17. Jalan Sungai Mati - Rawang (Jalan Utama)

18. Kampung Kesang Tasek

19. Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Kesang Tasek

20. Sekolah Menengah Agama Muar

21. Seluruh Kawasan Kesang Tasek

22. Kilang Lue Leong Swee, Sungai Mati

23. Kilang Kayu Guan Shang

24. Taman Mudaco (Taman Muhibah)

25. Taman Muhibbah Jaya

26. Taman Gaya Bena

27. Taman Setia 2

28. Taman Setia

29. Taman Selesa 2

30. Taman Muhibbah 2

31. Taman Selesa

32. Taman Baiduri

33. Taman Kasih Jalan Pulau Layang

34. Taman Cemerlang 2, Pulau Layang

35. Kilang Perabot Lot 7667

36. Jalan Pantai Layang

37. Jalan Telok Kemang

38. Kampung Tg Siput

39. Kampung Lorong Paip Rawang

40. Taman Sayang

41. Taman Watt Thian

42. Kolam Ikan Jalan Kesang

43. Koon Brother 1 & 2

45. Taman Cerah Indah

46. Taman Rawang Indah

47. Jalan Pt Bunga - Pekan Rawang

48. Jalan Pt Penghulu Ismail

49. Kilang Lian Huat Trading

50. Hong Seng Auto

51. Kilang Tauhu Lim Lai Hock

52. Kampung Dato Mat Rawang

53. Jalan Masjid Pt Bunga

54. Sekolah Kebangsaan Pt Bunga

55. Pusat Latihan Belia

56. Taman Serom Utama 1 – 5

 

"Untuk keselesaan para pengguna pelanggan, kami mencadangkan agar persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini.

 

"Pihak TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum," kata TNB.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454. - DagangNews.com