Sentimen pengguna dijangka bertambah baik susulan liputan vaksinasi yang meluas | DagangNews Skip to main content

Sentimen pengguna dijangka bertambah baik susulan liputan vaksinasi yang meluas

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 8 Nov -  Indeks Sentimen Pengguna (CSI) melonjak ke atas paras neutral buat kali pertama sejak suku ketiga 2018 3Q18 sebanyak 37.4 mata untuk mencapai 101.7 pada suku ketiga tahun ini. 

 

Public Investment Bank Bhd berkata, ia merupakan salah satu lonjakan paling tinggi sejak suku kedua tahun lalu.

 

Katanya, CSI meningkat berikutan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur dan keadaan COVID-19 yang bertambah baik. 

 

"Sentimen juga dirangsang oleh usaha fiskal besar-besaran untuk meningkatkan pengeluaran yang dicerminkan dalam pelancaran berturut-turut daripada lapan pakej rangsangan bernilai RM530 bilion (39% daripada KDNK), yang terbesar bagi negara untuk sebarang krisis," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Tambahnya, sentimen mungkin bertambah baik dalam jangka masa terdekat hasil daripada faktor yang menggembirakan kerana Malaysia telah mencapai liputan COVID-19 yang luas 95% vaksinasi populasi dewasa; 75% jumlah pendudu), sekali gus membawa kepada pembukaan ekonomi penuh mulai sekarang. 

 

Ujarnya, sentimen juga akan didorong oleh inisiatif propenggunaan dalam Bajet  2022 yang antara lain akan mewujudkan kira-kira 1 juta pekerjaan.

 

"Selain itu pengekalan bantuan tunai kepada kumpulan yang terkesan selain daripada Perbelanjaan Pembangunan (DE) yang mengagumkan yang akan menyaksikan peningkatan Pertumbuhan tahunke tahun sebanyak 21.9% kepada RM75.6 bilion turut memacu pertumbuhan CSI.

 

"Sentimen keseluruhan juga akan didorong oleh prospek pertumbuhan yang cerah berikutan pemulihan ekonomi yang mendadak dijangka pada 2022 yang akan memacu pengeluaran sekali gus melepasi paras sebelum krisis," katanya.

 

Tambahnya, Indeks Keadaan Perniagaan (BCI) juga melonjak walaupun kurang daripada kenaikan harga daripada CSI.

 

"Indeks meningkat sebanyak 9.5 mata pada suku ketiga untuk mencapai sedikit di bawah paras neutral (97.0), lantunan pertama sejak suku keempat tahun lalu. 

 

"Sentimen mungkin lebih baik jika tidak kerana sekatan COVID-19 yang memuncak dalam beberapa fasa Pelan Pemulihan Nasional (PPN) yang bermula pada Jun 2021, yang mengakibatkan tiga bulan penutupan separa ekonomi," katanya. -DagangNews.Com