Sentimen pengguna lemah, PublicInvest jangka pendapatan DKSH terjejas | DagangNews Skip to main content

Sentimen pengguna lemah, PublicInvest jangka pendapatan DKSH terjejas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Nov - Peningkatan kos sara hidup berterusan diunjur lemahkan sentimen pengguna sekali gus menjejaskan perkembangan pendapatan DKSH Holdings (Malaysia) Berhad.

 

Public Investment Bank Research berkata, sekiranya sentimen pengguna menyusut disebabkan kuasa perbelanjaan yang lebih lemah tetapi kumpulan itu dapat menimbanginya disokong rangkaian luas pelanggan domestik dan antarabangsa.

 

"Bagi jangka panjang, kami percaya bahawa DKSH akan terus mendapat manfaat daripada kelas menengah Malaysia yang semakin berkembang serta trend penyumberan luar yang semakin meningkat.

 

"Bagaimanapun, kami percaya keseluruhan perbelanjaan pengguna kekal lemah disebabkan tekanan inflasi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi 3QFY23 menyusut sebanyak 1.7% dari tahun ke tahun kepada RM17.4 juta, diseret oleh peningkatan asas kos logistik dan perbelanjaan jualan yang lebih tinggi dalam segmen barangan pengguna.

 

Keuntungan operasi dalam segmen penjagaan kesihatan adalah 16.7% lebih tinggi disebabkan oleh campuran margin yang lebih baik.

 

Ia menghasilkan margin keuntungan bersih yang lebih baik sebanyak 2.1% dalam segmen penjagaan kesihatan.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan kumpulan itu mencatatkan prestasi yang lebih baik bagi 4QFY23 disokong peningkatan perbelanjaan pelanggan semasa musim perayaan hujung tahun.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM4.78 sesaham," katanya.- DagangNews.com