Serba Dinamik, AEON, Sedania, PUC, BHIC, Paramount, KPower, SCIB jadi tumpuan | DagangNews Skip to main content

Serba Dinamik, AEON, Sedania, PUC, BHIC, Paramount, KPower, SCIB jadi tumpuan

 

 

KUALA LUMPUR 1 Julai - Serba Dinamik Holdings Bhd. terus mengungguli kedudukan kaunter aktif pagi ini meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan lagi pemegang saham utamanya.

 

Ketika dibuka sahamnya menokok 1.52% kepada 33.5 sen dalam dagangan awal pagi.

 

Semalam, KWSP mengurangkan lagi 96 juta saham menjadikan pegangannya kini di bawah 5%. Pada 28 Jun, KWSP bertindak melupuskan 2.04 juta saham menjadikan pegangannya menyusut kepada 7.57% berbanding 10.15% pada 2 Jun lalu. 

 

Turut aktif diniagakan, kaunter Sarawak Consolidated Industries Bhd. (SCIB) yang menokok 5.83% kepada 54.5 sen manakala KPower Bhd. pula naik 6.99% kepada 76.5 sen.
 

 

Kaunter-kaunter aktif turut didahului dengan AT Systematization Bhd. yang memulakan dagangan 23.08% kepada 8 sen diikuti Sedania Innovator Bhd. menokok 17.24% kepada 85 sen. 

 

Dalam dagangan hari ini, tumpuan juga harus diberikan kepada kaunter-kaunter seperti AEON Credit Service (M) Bhd. yang mengemukakan permohonan lesen bank digital bersama AEON Financial Service Co Ltd (AFS) kepada Bank Negara Malaysia. 

 

Selain itu, konsortium yang diterajui Paramount Corp Bhd, Star Media Group Bhd, RCE Capital Bhd, Prosper Palm Oil Mill Sdn Bhd dan rakan kerjasama teknologi yang turut menghantar permohonan yang sama, juga antara kaunter-kaunter yang wajar diperhatikan.

 

Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) turut mnejadi tumpuan setelah memperoleh lanjutan kontrak selama setahun daripada Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa 1 Julai 2021 dengan nilai disemak semula sebanyak RM95.98 juta.

 

Secara keseluruhan, dagangan pagi ini kembali menokok 3.9 mata kepada 1,536.5 mata.

 

Semalam, indeks utama FBM KLCI ditutup pada paras terendah 8 bulan, 1,532.63 mata apabila para pelabur terus menilai impak ekonomi berikutan penularan pandemik COVID-19 di dalam negara. - DagangNews.com