SGT Ventures tawar dron berteknologi tinggi untuk latihan dan pelbagai kegunaan | DagangNews Skip to main content

SGT Ventures tawar dron berteknologi tinggi untuk latihan dan pelbagai kegunaan

Dron sasaran udara jenis SCR SCRAB II SJ (kanan) dan NEMO VTOL yang dipamerkan pada LIMA 2023.
Oleh Zaki Salleh

LANGKAWI 27 Mei - Penggunaan dron sasaran latihan berteknologi tinggi akan membantu pasukan tentera memahirkan lagi kecekapan dalam menghadapi situasi tersebut sama seperti keadaan sebenar.

 

Dengan trend masa kini, dron menjadi antara ancaman utama yang diberi perhatian kerana dicipta untuk memusnahkan sasaran di darat.

 

Penyelesaian tersebut ditawarkan oleh SGT Ventures Sdn. Bhd. (SGT Ventures) menerusi penggunaan dron sasaran latihan yang telah pun digunakan Tentera Darat.

 

SGT Ventures merupakan penyedia perkhidmatan aeroangkasa dan membekal kelengkapan pertahanan khususnya dron sasaran serta dron latihan berteknologi tinggi.

 

Zulkarnain (kanan) memberi penerangan tentang dron yang digunakan dalam Eksesais Panah Jaguh di Kota Tinggi, Johor tahun lalu.
Zulkarnain (tiga dari kanan) memberi penerangan tentang dron yang digunakan dalam Eksesais Panah Jaguh di Kota Tinggi, Johor tahun lalu.

 

Ia menjadi beberapa syarikat pertahanan tempatan yang menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di sini.

 

Pengarah Teknikalnya, Zulkarnain Abu Bakar berkata, penggunaan dron sasaran berteknologi tinggi ini menepati kehendak sebenar operasi.

 

"Kita pertontonkan dron sasaran udara jenis SCR SCRAB II SJ berkeupayaan subsonik.

 

"Dron ini boleh digunakan untuk latihan tembakan yang menggunakan peluru berpandu darat ke udara dan udara ke udara.

 

"Antara kelebihannya ialah mudah dioperasikan bagi pelbagai kegunaan sebagai sasaran termasuk untuk dipasang sistem inframerah," ujarnya.

 

Talon Parachute Release System buatan Warmore Inc, Amerika Syarikat.
Talon Parachute Release System buatan Warmore Inc, Amerika Syarikat.

 

Turut dipamerkan ialah dron NEMO VTOL multirotors yang dilancarkan secara menegak sebelum dron terbang ke udara.

 

Istimewanya ialah NEMO VTOL boleh gunakan seperti meninjau sasaran, menilai kerosakan sasaran musuh selain sebarang kegunaan bergantung kepada operasi yang diinginkan termasuk bukan ketenteraan.

 

NEMO VTOL boleh terbang selama 2.5 jam sehingga pada kelajuan 100 kilometer sejam.

 

Zulkarnain berkata, pihaknya juga turut menawarkan sistem kawalan pandu arah payung terjun kargo automotik kepada pihak tentera 

 

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohamad Ab Rahman (dua dari kanan) semasa melawat booth SGT Ventures pada LIMA 2023.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohamad Ab Rahman (dua dari kanan) semasa melawat booth SGT Ventures pada LIMA 2023.
 

 

Katanya, alat tersebut dapat membantu ketepatan menggugurkan payung terjun daripada tersasar.

 

"Ketika ini pihak tentera menggunakan kaedah konvensional selain bergantung kepada kemahiran anggota untuk menilai kelajuan angin selain faktor cuaca.

 

"Justeru, dengan bantuan alat ini ia memberi ketepatan bantuan dapat digugurkan sama ada semasa operasi atau misi kemanusiaan," ujarnya.- DagangNews.com