KUALA LUMPUR 27 Dis - Pendapatan Tenaga Nasional Bhd dijangka terus berkembang disokong oleh perbelanjaan modal yang lebih tinggi (capex) berikutan kenaikan tarif asas elektrik di bawah Tempoh Kawal Selia tiga tahun 4 (RP4), kata RHB Research.
Firma penyelidikan itu berkata, rangka baharu itu boleh memacu potensi peningkatan TNB sebanyak 7% dalam pulangan kawal selia bersih jika peruntukan capex penuh direalisasikan.
"Kami mengekalkan saranan "beli" ke atas TNB dengan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM16.60, meningkatkan peningkatan 17% daripada TP kini iaitu RM14.20," katanya dalam satu nota kajian.
Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan RP4 di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari 2025 hingga Disember 2027.
Tarif asas sebanyak 45.62 sen/kWj telah dicadangkan, mencerminkan kenaikan 14% daripada 39.95 sen/kWj yang ditetapkan semasa RP3.
Jadual tarif baharu ini dijangka berkuat kuasa pada 1 Julai 2025, dengan sebarang perbezaan dalam tempoh Januari hingga Jun dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik.
ARTIKEL BERKAITAN : Tarif elektrik akan naik 14 peratus mulai Julai 2025
RHB Research berkata, belanjawan TNB di bawah RP4 telah dinaikkan dengan ketara kepada RM42.8 bilion, termasuk RM26.6 bilion dalam belanjawan asas dan RM16.3 bilion dalam belanjawan luar jangka.
“Ini bermakna purata belanjawan tahunan RM14.3 bilion, iaitu 108% lebih tinggi daripada belanjawan yang diluluskan dalam RP3.
"Perbelanjaan mengurus juga telah ditingkatkan sebanyak 16% kepada RM20.8 bilion untuk memastikan aktiviti operasi dan penyelenggaraan yang diperlukan untuk infrastruktur elektrik TNB," katanya.
RHB Research menekankan peruntukan belanja modal yang lebih tinggi melebihi jangkaan, menandakan prospek positif untuk pendapatan masa depan TNB.
“Bagaimanapun, kejelasan lanjut sama ada syarikat akan merealisasikan sepenuhnya pulangan bersih terkawal bergantung kepada jumlah belanjawan.
“TP sebanyak RM16.60 diperoleh daripada model aliran tunai terdiskaun (DCF), membayangkan 1.55 kali ganda nisbah harga kepada nilai buku ramalan tahun kewangan 2025.
"Antara potensi risiko penurunan, termasuk kos operasi yang lebih tinggi dan gangguan loji yang lebih besar daripada jangkaan," katanya.
Mengulas tentang kesan RP4, TA Securities berkata, rangka kerja itu membolehkan capex TNB hampir memnuhi andaian semasa.
"Kami secara amnya positif terhadap hasil TNB berikutan RP4 memandangkan peningkatan dalam belanjawan ditambah dengan kadar pulangan yang mampan, menyokong pertumbuhan pendapatan terkawal TNB.
"Sementara itu, kami mengekalkan saranan "beli" ke atas TNB dengan TP tidak berubah pada RM17.30.
"Saranan kami berdasarkan perkembangan terkini yang menggariskan andaian kami terhadap TNB sebagai salah satu penerima utama peralihan tenaga daripada peningkatan dalam capex grid memandangkan monopolinya terhadap infrastruktur grid kuasa domestik.
"Risiko utama terhadap saranan kami adalah perubahan kepada dasar yang tidak menguntungkan dan rangka kerja kawal selia," katanya.
Sementara itu, pada pukul 2:30 petang ini, saham TNB didagangkan pada RM15, dengan modal pasaran bernilai RM86.61 bilion. - DagangNews.com