Shell perkenal 2 minyak enjin baharu, fokus manfaat pengguna | DagangNews Skip to main content

Shell perkenal 2 minyak enjin baharu, fokus manfaat pengguna

KUALA LUMPUR 15 Julai -  Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) menampilkan dua jenis minyak enjin baharu dengan nama Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang lebih memberi manfaat kepada pengguna.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, dua produk terbaharu itu lebih memudahkan pengguna untuk membuat pilihan tepat mengikut gaya pemanduan dan keperluan.

"Shell Helix Power dan Shell Helix Protect adalah inovasi terkini daripada Shell yang menampilkan teknologi PurePlus iaitu minyak asas bersih daripada gas asli.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect

"Kedua-dua minyak baharu ini digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia dan sesuai dengan spesifikasi minyak 0W, 5W dan 10W," katanya dalam satu kenyataan.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan iaitu di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa serta daya pecutan yang lebih tinggi serta lalu lintas yang terhenti-henti di bandar yang memberi tekanan tinggi pada enjin. 

Jelasnya lagi, selaku pengeluar minyak pelincir utama dunia sepanjang 13 tahun, matlamat pihaknya adalah untuk memberi hak pemilihan minyak enjin kepada pemilik kenderaan tanpa perlu menghantar kenderaan mereka ke bengkel.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect

"Walaupun pemilik kereta di Malaysia umumnya menyayangi kenderaan mereka, namun majoritinya masih melakukan penyelenggaraan di bengkel atau pusat servis terutamanya dalam proses penukaran mintak kerana terkeliru dengan istilah-istilah teknikal.

"Seperti mana tertera pada label pek, satu produk (Shell Helix Power) menjanjikan lebih kuasa manakala satu lagi pula (Shell Helix Protect) menawarkan lebih perlindungan. Anda hanya perlu memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan dan keperluan.

Shell Helix Power ditawarkan pada harga RM280 (4 liter) yang menggunakan rumusan khas yang menekankan prestasi maksimum pada kuasa enjin dan memberi pecutan lebih pantas.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect

Manakala Shell Helix Protect pula dijual pada harga RM240 (4 liter) yang mampu membersihkan komponen enjin bagi memanjangkan hayat enjin kereta yang sering mengalami kesesakan trafik di kawasan bandar.

Mulai semalam (14 Julai), pelanggan yang membuat pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect di mana-mana bengkel terlibat akan menerima hadiah percuma sebuah replika kereta limba Scuderia Ferrari.

"Inisiatif #BecauseWeCare juga dijalankan sempena pelancaran Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu. Shell telah mengedarkan minyak enjin baharu tersebut dan Pek Perlindungan Shell Helix secara percuma kepada pemandu Grab," katanya lagi. - DagangNews.com