Shinya Ikeda dilantik sebagai CEO baharu Mitsubishi Motors Malaysia | DagangNews Skip to main content

Shinya Ikeda dilantik sebagai CEO baharu Mitsubishi Motors Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Okt - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa 11 Oktober 2021, bagi menggantikan Tomoyuki Shinnishi.

 

Sebelum ini, Ikeda memegang jawatan sebagai Pengurus Besar di Mitsubishi Corporation Jepun, dan terlibat dalam bidang perniagaan automotif sejak 2019.

 

Ikeda menyertai Mitsubishi Corporation pada 2008 dan tugas pertamanya adalah menguruskan pelaburan perniagaan automotif di Malaysia.

 

Sejak itu, beliau memegang pelbagai peranan kepemimpinan dan menguruskan perniagaan kewangan di syarikat.

 

Ikeda berkata, beliau teruja untuk menyertai pasukan Mitsubishi Motors Malaysia.

 

“Syarikat telah berkembang dengan membina kekuatan demi kekuatan dan kini telah menjadi salah satu jenama automotif terkemuka di negara ini,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

“Mitsubishi Motors Corporation (MMC) akan terus menfokuskan pasaran ASEAN, khususnya Malaysia, kerana negara ini adalah satu daripada pasaran terpenting di dunia bagi memperluaskan kehadiran jenama Mitsubishi, seperti yang digariskan dalam Rancangan Perniagaan Jangka-Pertengahan MMC tahun lalu.

 

"Saya berharap dapat bekerja bersama pasukan untuk menyumbang pengetahuan dan pengalaman yang saya ada.

 

''Saya juga gembira dapat kembali ke Malaysia kerana negara ini mempunyai pelbagai makanan dan budaya yang pelbagai dan juga orang yang mempunyai bakat dan potensi yang besar,” katanya. - DagangNews.com