Shopee kembali dengan Jualan hebat 11.11 | DagangNews Skip to main content

Shopee kembali dengan Jualan hebat 11.11



KUALA LUMPUR 28 Okt -  Shoppe mengumumkan Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali yang akan menghubungkan lebih banyak lagi perniagaan dengan tawaran lebih hebat, keseronokan dan hiburan yang lebih meriah mulai sekarang hingga 11 November 2021. 

 

Platform e-dagang itu berkata, ia telah menaik taraf festival tersebut dengan menawarkan hadiah terbesar setakat ini -- unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, dengan kerjasama pemaju hartanah SkyWorld Development Group.

 

“Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi rumah ini,” katanya.

 

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, Shopee telah mengembangkan ekosistem digitalnya untuk membantu lebih ramai pengguna, perniagaan dan komuniti mengakses dan memanfaatkan e-dagang.

 

“Dengan keadaan pandemik yang beransur pulih, kami menyasar untuk menjadikan 11.11 ini lebih bermakna dan membawa impak yang ketara kepada semua.

 

“Kami akan terus membawa penjimatan kepada pengguna kami, sambil memberikan sokongan yang lebih baik untuk membantu perniagaan berkembang bersama-sama komuniti tempatan supaya kami boleh menuju ke masa depan yang mengutamakan digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Menurut Shopee, tawaran Jualan Hebat 11.11, keseronokan dan ganjaran juga termasuk kembalinya bintang antarabangsa Jackie Chan dengan iklan baharu; lebih 40 juta syiling Shopee untuk dimenangi; dan BMW 218i Grand Coupe M Sport yang boleh dimenangi menerusi permainan Putar dan Menang.

 

“Selain daripada itu, pengguna kali pertama aplikasi Shopee akan menerima RM100 apabila mengaktifkan ShopeePay mereka dan layak menerima kredit ShopeePay RM25 apabila berjaya mengaktifkan akaun premium dompet mudah alih mereka.

 

“Mereka juga akan menerima Baucar ShopeePay bernilai RM60, dan Baucar Alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama mereka di Shopee,” katanya.

 

 

Terence Pang
Terence Pang

 

 

Jualan Hebat 11.11 itu juga menyasarkan untuk menghubungkan lebih ramai  peniaga luar talian dengan pelanggan dengan  pulangan tunai RM11 menerusi baucar ShopeePay.

 

“Selain itu, mulai 1 Nov dan seterusnya, pelancong boleh  menuntut baucar diskaun potongan RM100 dengan pembelanjaan minimum RM150 untuk pakej pelancongan yang menarik.

 

“Ini adalah tambahan kepada baucar rebat RM100 untuk hotel bertaraf empat dan lima bintang, dan baucar rebat RM50 untuk hotel bertaraf tiga bintang ke bawah,” jelasnya. - DagangNews.com