Siri ‘She Universe’ Kotex rai 100 wanita | DagangNews Skip to main content

Siri ‘She Universe’ Kotex rai 100 wanita

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kotex mengangkat semangat 100 wanita yang menerima Anugerah Kotex She Can menerusi siaran lakonan semula siri 'She Universe' bermula bulan ini.

Siri itu mengekalkan kisah sebenar 100 wanita yang berkerjaya dalam bentuk koleksi digital, bertujuan memberi inspirasi kepada pemimpin wanita Malaysia pada masa akan datang.

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Frenissa Lagman berkata, sempena sambutan ulang tahun Kotex ke-100, siri itu diperkenalkan untuk memberi inspirasi dan memperkasa generasi pemimpin wanita Malaysia untuk mengejar impian dan memecahkan tradisi.

 

Frenissa Lagman
Frenissa Lagman

 

“Pencapaian hebat mereka diceritakan dan dihidupkan dalam sebuah siri digital yang luar biasa, dibantu oleh lima orang artis tempatan yang berbakat. Ini juga membolehkan Kotex untuk terus menyokong industri seni tempatan dengan mencipta siri lain daripada yang lain, khusus untuk wanita.

“Bagi mengukuhkan lagi usaha kami untuk menyokong kemajuan wanita Malaysia, artis tempatan ini disokong oleh Tabung Kotex She Can Fund, yang membenarkan kami membantu mereka dengan menyediakan platform bagi mempamerkan kemahiran masing-masing,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Lima artis berkenaan adalah Art of  Lihua, Lee Teng, Miss Eleen Studio, Tuan Nini dan Asyikin Abdullah, yang mewakili pelbagai gaya seni termasuk seni mural, aksen cat air dan reka bentuk watak.

Melalui kolaborasi berkenaan, Kotex dapat menambah baik kehidupan mereka dengan memberikan peluang keemasan untuk mempamerkan bakat dan membantu membina portfolio mereka.

Dalam pada itu, antara 100 wanita yang diraikan adalah Dr. Nur Amalina Che Bakri, Amber Chia, Yuna, Datuk Nicol Ann David, Joanne Kam, dan Hannah Yeoh.

Siri Kotex She Universe kini telah berada di Laman Facebook dan Instagram Kotex (@kotexmy).

Koleksi itu juga akan disusun menjadi e-buku dan set bercetak eksklusif juga akan dikongsikan dengan peminat terpilih. – DagangNews.com