SKM tutup sementara ibu pejabat bagi sanitasi | DagangNews Skip to main content

SKM tutup sementara ibu pejabat bagi sanitasi

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 25 Mei - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bakal menutup ibu pejabat dan cawangan Wilayah Persekutuan selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mei 2021.

 

Penutupan sementara dilakukan bagi melaksanakan proses sanitasi dan langkah-langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 di seluruh premis Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur,” jelas suruhanjaya dalam satu kenyataan.

 

Tambah SKM, sepanjang tempoh penutupan, pelanggan masih boleh berurusan dengan SKM menerusi perkhidmatan dalam talian seperti Sistem Aplikasi Atas Talian (https://apponline.skm.gov.my) dan Sistem INFOKOP SKM (https://infokop.skm.gov.my).

 

Selain itu, turut melibatkan Sistem Ekerjaya dan Pengurusan Sumber (https://ekerjaya.skm.gov.my) dan Emel SKM (OWA) (https://webmail.skm.gov.my/owa).

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Suruhanjaya Koperasi melalui aplikasi Whatsapp Hotline SKM di talian 019-2445339 atau emel [email protected] untuk penjelasan lanjut.  - DagangNews.com