SKMM tambah baik fungsi 1,064 pusat internet di seluruh Malaysia | DagangNews Skip to main content

SKMM tambah baik fungsi 1,064 pusat internet di seluruh Malaysia

Pusat internet komuniti

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil langkah memperkasakan fungsi 1,064 Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara sebagai pusat transfromasi digital.

SKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua PIK tersebut akan menjadi pusat transformasi digital kepada masyarakat setempat dengan menjadikan golongan belia sebagai sasaran utama.

"SKMM sebagai satu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang mampan di bawah insiatif Jalinan Digital Malaysia (JENDELA) turut membantu melaksanakan agenda pembangunan modal insan dalam sektor digital.

"Usaha tersebut mengfokuskan kepada golongan belia yang berusia antara 15 hingga 40 tahun," jelas SKMM.

Tambah SKMM, inisiatif itu juga adalah tanggungjawab pihaknya dalam menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar golongan belia diberi pengetahuan dan peluang untuk mencetuskan inovasi baharu dalam era ekonomi digital.

Beberapa pakej jalur lebar yang bersesuai seperti Truly Unlimited Celcom Xpax, Digi Prepaid NEXT, Hotlink Prepaid dan palbagai pakej lain turut disenaraikan sebagai cadangan oleh SKMM.

Jelas SKMM lagi, PIK kini mampu menyediakan latihan yang lebih canggih seperti pengaturcaraan, aplikasi robotik, penciptaan aplikasi mudah alih, keusahawanan, e-dagang, animasi, penerbitan video, percetakan tiga dimensi dan latihan yang boleh memanfaatkan golongan belia.

"Kemudahan dan pelbagai program yang disediakan ini diharap dapat merangsang belia melengkapkan diri dengan pengetahuan digital yang sofistikated untuk bersaing membina masa hadapan," ujar SKMM.

Sementara itu, tinjauan SKMM terhadap penggunaan perkhidmatan jalur lebar pada 2018 turut mendedahkan bahawa golongan belia membentuk komposisi seperti berikut;

  • 67.8% daripada 28.7 juta pengguna internet
  • 80.9% atau 16.6 juta terlibat dengan aktiviti e-dagang
  • 78.4% menggunakan internet setiap hari antara 1 hingga 12 jam


Tinjauan tersebut menunjukkan kecenderungan golongan belia menggunakan internet sebagai platform utama mencari pekerjaan, bermain permainan dalam talian, hiburan, berkomunikasi dan mencari maklumat. - DagangNews.com