Skrin infiniti serlahkan gaya Samsung Galaxy X Fold 2 | DagangNews Skip to main content

Skrin infiniti serlahkan gaya Samsung Galaxy X Fold 2

Samsung Galaxy Z Fold 2

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Model terbaharu dalam kategori telefon lipat, Samsung Galaxy Z Fold2 dengan paparan skrin infiniti yang lebih besar mula dilancarkan oleh Samsung Electronics Co Ltd.

Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alihnya, Dr. TM Roh berkata, pelancaran tersebut adalah bukti maklum balas syarikatnya terhadap permintaan pengguna sekali gus membangunkan inovasi baharu untuk keselesaan optimum.

“Diperkukuhkan lagi dengan perkongsian kami bersama Google dan Microsoft, kami membentuk dan meneroka semula pilihan pengalaman peranti mudah alih.

"Galaxy Z Fold2 tampil dengan skrin penutup dan skrin utama yang lebih besar dengan gabungan reka bentuk yang kukuh serta kehalusan pembuatan selain dilengkapi dengan ciri-ciri mudah alih yang baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsung Galaxy Z Fold 2

Peranti terbaharu itu juga didatangi dengan skrin infiniti 6.2 inci yang memberi penggunaan maksimum seperti menyemak emel, mencari arah atau menonton kandungan tanpa perlu membuka lipatan peranti pada setiap masa.

Ruang struktur sweeper direka dengan saiz yang lebih kecil berbanding Galaxy Z Flip bagi memenuhi citarasa pengguna generasi ketiga.

Teknologi revolusi, komposisi gentian yang diubahsuai dan densiti gentian yang diselaras turut disertakan dalam Hideway Hinge.

Jelas beliau lagi, model terbaharu itu juga turut direka dengan sokongan sistem operasi (OS) Android yang telah dinaik taraf.

Galaxy Z Fold 2 diperkenalkan dengan empat warna Hideway Hinge iaitu Perak Metalik, Emas Metalik, Merah Metalik dan Biru Metalik.

Menariknya juga, mereka yang memiliki Galaxy Z Fold 2 diberi kelebihan satu kali perlindungan peranti terhadap kerosakan paparan yang tidak disengajakan dalam tempoh setahun daripada tarikh pembelian. - DagangNews.com