Sompo Asia labur AS$50 juta ke atas Cover Genius | DagangNews Skip to main content

Sompo Asia labur AS$50 juta ke atas Cover Genius

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

[email protected]

 

KUALA LUMPUR 28 Sept. -  Sompo Holdings (Asia) Pte. Ltd. (Sompo Asia) mengumumkan pelaburan strategik bernilai AS$50 juta ke atas firma insurans digital Cover Genius.

Ketua Pegawai Eksekutif Sompo Asia, Daniel Neo berkata, pelaburan itu membolehkan syarikat insurans digital terbesar di dunia itu menawarkan sebarang insurans atau jaminan langsung kepada pelanggan global dengan satu panggilan API.

Beliau berkata, pembiayaan Siri C bernilai kira-kira AU$100 itu akan meluaskan perkembangan Cover Genius serta saluran pengedaran digital Sompo Group di pasaran insuran global sekaligus membolehkan syarikat itu menawarkan penyelesaian khusus kepada pelanggannya dengan memanfaatkan platform insuransnya, XCover. 

"Sompo Asia melihat potensi besar dalam kemampuan global Cover Genius, yang disokong oleh kerangka analitik data BrightWrite menerusi projek-projek sedia ada sebelum ini.

"Kami telah bekerjasama dengan Cover Genius dalam beberapa projek dan sangat kagum dengan organisasi itu serta kemampuan global mereka. Di samping itu, kami sangat gembira dengan masa depan sektor insurans dan saya yakin syarikat ini berada dalam posisi unik untuk berjaya dalam pasaran yang berkembang pesat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Platform pengedaran global Cover genius, XClaim membolehkan rakan kongsinya memanfaatkan pengedaran digital pada skala global.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cover Genius, Angus McDonald berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak itu akan mewujudkan kedudukan kepimpinan yang menarik dalam pasaran insurans yang berkembang pesat di rantau ini,

"Pembiayaan ini akan membolehkan kami meningkatkan penawaran dan meneruskan pertumbuhan pesat di pasaran baharu pasar baru dengan penyelesaian inovatif," ujarnya.

Cover Genius turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat digital terbesar dunia termasuk Booking Holdings, Skyscanner, Ola, Intuit, Shopee dan beberapa jenama terkemuka bagi mengedarkan insurans yang diperibadikan dengan satu panggilan API.

Di samping itu, dengan lesen di 50 buah negeri di Amerika Syarikat dan di lebih dari 60 negara, Cover Genius dapat menawarkan kemampuan global kepada pelbagai industri, termasuk insurans harta tanah untuk penyewa, pemilik tanah, pemilik rumah dan korporat, program insurans fintech dan bank, penyelesaian untuk peruncit , kontraktor, platform logistik, syarikat keselamatan siber, agensi pelancongan dalam talian, agregator kereta sewa dan syarikat penerbangan. -DagangNews.com