SP Setia lancar perumahan Laelia fasa ketiga dengan nilai pembangunan kasar RM73.4 juta  | DagangNews Skip to main content

SP Setia lancar perumahan Laelia fasa ketiga dengan nilai pembangunan kasar RM73.4 juta 

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 8 Dis - SP Setia melancarkan rumah teres mampu milik Laelia III dengan nilai pembangunan kasar RM73.4 juta di perbandaran Setia Bayuemas susulan permintaan yang tinggi dalam pasaran perumahan tempatan.

 

Syarikat hartanah itu berkata pelancaran unit kediaman fasa ketiga di Klang itu adalah berikutan kejayaan pengambilan penuh unit bukan bumi di Laelia dan Laelia II ketika pelancaran pada Februari dan September 2023 baru-baru ini.

 

Berkeluasan 4.1 hektar, rumah teres dua tingkat pegangan bebas Laelia III terdiri daripada 83 unit eksklusif dan dijadualkan siap pada Disember 2025, menawarkan takrifan baharu tentang kehidupan kontemporari dengan sentuhan alam semula jadi. 

 

Pengurus Besar Bahagian SP Setia, Razly Mohammad Rus menekankan bahawa Laelia III direka untuk memenuhi keperluan keluarga muda dan berkembang, serta mereka yang ingin menaik taraf kepada rumah lebih luas dalam perbandaran yang selesa. 

 

"Laelia III mempunyai empat bilik tidur dengan bilik mandi en suite serta kawasan keluarga khusus, menjadikannya ideal untuk keluarga besar atau berbilang generasi. Statistik mendedahkan bahawa terdapat lebih daripada satu kereta dalam setiap rumah di Lembah Klang. 

 

 

gdf

 

 

"Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat untuk ruang letak kereta lebih besar, unit-unit ini dilengkapi dengan reka bentuk anjung kereta luas yang mampu memuatkan sehingga empat buah kereta serentak," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Rumah teres Laelia III menonjol dengan keluasan binaan antara 1,850 hingga 1,953 kaki persegi dan 1,888 hingga 2,060 kaki persegi, memberikan kemampuan dengan harga bermula RM838,000 hingga RM1.15 juta. 

 

Setiap unit juga dilengkapi dengan halaman belakang dan ruang penyaman udara tersembunyi untuk penampilan yang bersih dan estetik.

 

Terletak tidak jauh dari taman perbandaran yang memenangi anugerah, Taman Tasik Setia Bayuemas, kawasan kejiranan ini diliputi oleh kehijauan yang subur, menawarkan suasana yang ideal untuk aktiviti luar dan berjalan-jalan santai dengan pemandangan tasik yang indah.

 

 

io

 

 

Merangkul kelestarian dalam kehidupan moden, Laelia III juga menampilkan petak khas untuk bungkusan dan penghantaran makanan, sistem penuaian air hujan dan banyak lagi.

 

Berpusat di tengah-tengah Klang, Setia Bayuemas menawarkan pelbagai jenis kediaman, yang terdiri daripada pangsapuri, teres bertanah, rumah kluster, berkembar dan banglo. 

 

Dengan sambungan yang lancar ke lebuh raya utama, penduduk boleh sampai ke Shah Alam, Petaling Jaya, Pelabuhan Klang dan daerah perniagaan yang berdekatan dengan mudah. 

 

Setia Bayuemas berdiri sebagai sebuah perbandaran berkembang maju, menyediakan peluang tidak berkesudahan untuk komunitinya sambil berkhidmat sebagai tempat perlindungan menenangkan dari kehidupan bandar yang sibuk. - DagangNews.com