Spritzer bawa kemudahan ke kediaman dengan pelan langganan | DagangNews Skip to main content

Spritzer bawa kemudahan ke kediaman dengan pelan langganan

Pelan langganan Spritzer

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Pengeluar air mineral semula jadi terkenal Malaysia, Spritzer Malaysia (Spritzer) menyediakan platform pelan langganan serba baharu yang membolehkan penyediaan air minuman terus ke pintu rumah pengguna.

 

Pada harga serendah RM127.50 sebulan, keluarga kini boleh menikmati bekalan air mineral semula jadi dihantar terus ke pintu rumah mereka menjadikan sesuatu yang sangat bermanfaat ketika pandemik COVID-19 yang masih berlarutan dan kekal sihat serta kekal hidrasi yang merupakan perkara amat penting.

 

Pelan langganan itu menawarkan sebilangan pakej dan pilihan yang memenuhi pelbagai kehendak keluarga atau isi rumah. 

 

Langganan itu termasuk dispenser air mini yang menjadikannya mudah dan senang untuk digunakan di mana sahaja kerana dispenser tersebut boleh dibawa ke tempat berkelah atau perhimpunan keluarga atau keramaian. 

 

Spritzer

 

Mereka yang sentiasa sibuk akan mendapati ia juga memudahkan untuk memiliki dispenser yang mempunyai fungsi air panas kerana boleh memanaskan secawan mi segera atau membancuh air minuman dengan segera.

 

Memiliki alat mudah alih bekalan air ini adalah penting dan Spritzer telah mengeluarkan air mineral semula jadi sejak akhir 1980an di dalam fasiliti yang selamat persekitarannya dan lestari di Taiping, Perak yang dikeliling oleh hutan hujan tropika yang berusia 200 juta tahun, yang dipelihara dalam keadaan baik dan jauh dari pencemaran.

 

Dengan bekalan air bersih yang sentiasa selamat untuk diminum menjadi satu isu dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Spritzer menjadikannya mudah bagi isu rumah dengan menyediakan air mineral semula jadi terus kepada mereka menerusi pelan langganan yang menepati kehendak keluarga mengikut pakej dan pilihan yang ditawarkan. 

 

Pengguna tidak perlu lagi berebut dengan orang lain untuk mendapatkan air botol semasa gangguan bekalan air, menerusi pelan langganan Spritzer.

 

Untuk maklumat lanjut, sila ke Spritzer eShop di https://www.spritzer.com.my/shop/products/id:12/slug:spritzer-monthly-water-plan bagi melanggan atau ke laman Facebook Spritzer di https://www.facebook.com/Spritzer dan laman web https://www.spritzer.com.my/. - DagangNews.com