KUALA LUMPUR 27 Dis – Spritzer mahu semua orang untuk menikmati kesihatan yang baik menjelang sambutan Tahun Harimau akan datang dengan mengalakkan meminum lebih banyak air mineral semula jadi semasa musim perayaan menerusi Peraduan Minum Spritzer, Menang & Huat.
Peraduan ini bermula dari 1 Disember 2021 sehingga 15 Februari 2022, menjadikan keseluruhannya 11 minggu dengan tawaran hadiah wang tunai menarik untuk dimenangi. Hadiah-hadiah termasuk satu Hadiah Utama Proton X70, lapan Hadiah Pemenang Pertama Mingguan wang tunai RM888, dan 38 Hadiah Pemenang Saguhati Mingguan wang tunai RM128.
Produk-produk yang terlibat di dalam peraduan ini ialah Air Mineral Semula Jadi Spritzer, Air Minuman Disuling, Air Minuman RO, Siri Spritzer Dispenser (Dispenser Berdiri Panas & Sejuk / Mini Dispenser Panas & Suam / Duotone Mini Dispenser / Water Pump Dispenser), ACILIS oleh Aimir Mineral Semula Jadi Spritzer, Spritzer SO Tinge!, Spritzer Tinge dan, Air Mineral Semula Jadi Spritzer Sparkling.
Untuk turut serta, sila beli mana-mana produk di atas berharga RM8 dan ke atas di mana-mana kedai atau platform e-dagang di dalam satu resit, tulis nama anda seperti di dalam kad pengenalan, Nombor IC dan alamat emel pada cetakan resit asal, kemudian hantarkan gambar menerusi WhatsApp ke 017-671 8310. Sila ingat untuk simpan resit untuk tujuan pengesahan kelak.
Beli lebih banyak dan anda berpeluang untuk menang lebih banyak. Untuk maklumat lanjut mengenai butiran peraduan, sila log masuk ke spritzer.com.my.
Spritzer baru-baru ini meraih anugerah kebangsaan bagi kategori air di World Branding Awards – Jenama Terbaik 2021 hingga 2022 dan akan terus meningkatkan usaha kelestarian dan menyumbang kepada masyarakat bagi menyediakan air mineral semula jadi terbaik bagi konsumer mereka. – DagangNews.com