Spritzer, TudungPeople hasilkan selendang diperbuat daripada botol plastik kitar semula | DagangNews Skip to main content

Spritzer, TudungPeople hasilkan selendang diperbuat daripada botol plastik kitar semula

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Mei - Spritzer bekerjasama dengan sebuah pereka tudung, TudungPeople untuk menghasilkan selendang edisi terhad, 'Koleksi Hutan Hujan' yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian syarikat. 

 

Spritzer dalam kenyataan hari ini berkata, TudungPeople yang mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan, akan menggunakan lapan botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol ikon Spritzer.

 

Katanya, selendang dan 'scrunchie' (pengikat rambut) edisi terhad tersebut menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya. 

 

"Motif bunga orkid, paku-pakis dan 'monstera' menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik, dengan keseimbangan berat, menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya. 

 

"Setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik si pemakai," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, Spritzer sedang berusaha menuju masa depan dengan inisiatif dan perkongsian untuk menggalakkan amalan lestari. 

 

Katanya, syarikat yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran bersih adalah penting kepada sumber air.

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

 

spritzer

 

 

"Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan," katanya.

 

 

spritzer

 

 

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer dijual pada harga RM179, scrunchie berharga RM25 atau set (RM184). Produk berkenaan boleh dibeli di www.tudungpeople.com dan https://shop.spritzer.com.my/. - DagangNews.com