SPRM lancar bilik gerakan untuk orang ramai salur aduan rasuah sepanjang PRU15 | DagangNews Skip to main content

SPRM lancar bilik gerakan untuk orang ramai salur aduan rasuah sepanjang PRU15

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Nov - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November 2022 dan boleh dihubungi menerusi Ibu Pejabat SPRM di 03-889110372, selain pejabat negeri.

 

"Talian Pejabat SPRM Kuala Lumpur di 03-9206 51953, Pejabat SPRM Selangor 03-552483184, Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-76254465, Pejabat SPRM Melaka 06-28960116 dan Pejabat SPRM Johor 07-23161707.

 

"Selain itu, Pejabat SPRM Perak di talian 012-490 59868, Pejabat SPRM Pahang 09-57160279, Pejabat SPRM Kedah 04-700188010, Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-229926211, Pejabat SPRM Terengganu 09-630192012 dan Pejabat SPRM Kelantan 09-766197013," katanya.

 

Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected].

 

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). - DagangNews.com