Stare Resources sertai keahlian dalam komuniti perniagaan Perancis-Malaysia | DagangNews Skip to main content

Stare Resources sertai keahlian dalam komuniti perniagaan Perancis-Malaysia

Azrul Affandhi (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Stare Resources, Kapt (B) Ir. Ts. Mohamad Fariz (kanan) semasa menyertai pameran pertahanan Eurosatory 2024 di Paris, Perancis.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Syarikat perunding kejuruteraan, Stare Resources Sdn. Bhd. (Stare Resources) melangkah setapak apabila secara rasmi menyertai Dewan Perniagaan dan Industri Perancis-Malaysia (CCIFM).

 

Keahlian ini bakal memacu kemampuan Stare Resources dalam bidang sedia ada selain memupuk hubungan lebih kukuh sebagai komuniti perniagaan Malaysia-Perancis. 

 

Stare Resources merupakan syarikat tempatan yang bekerjasama dengan Nadicorp Holding dalam melaksanakan projek terutamanya mengenai jambatan. 

 

Antaranya membekalkan jambatan medan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Kapal

 

Pengarah Urusan Stare Resources, Kapten (B) Ir Ts Azrul Affandhi Musthaffa Al Bakri berkata, penyertaan dalam komuniti CCFIM juga membuka pelbagai potensi pada masa hadapan.

 

Katanya, sebagai ahli baharu Stare Resources komited untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh antara Malaysia dan Perancis. 

 

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kerjasama, memacu inovasi dan meningkatkan peluang perniagaan antara kedua-dua negara.

 

“Pencapaian ini menandakan lembaran baharu bagi kami apabila menjadi sebahagian daripada rangkaian dinamik profesional dan perniagaan seterusnya meneroka peluang baharu untuk kerjasama,” ujarnya kepada Dagang News.

 

Kapal
Stare Resources merupakan syarikat tempatan yang bekerjasama dengan Nadicorp Holding dalam melaksanakan projek terutamanya mengenai jambatan. 
 

 

Kapal
Jambatan medan yang digunakan Tentera Darat.

 

CCIFM mewakili lebih 300 syarikat ahli daripada pelbagai sektor membentuk sebuah entiti dinamik dan rangkaian perniagaan yang berpengaruh.

 

CCIFM berperanan membangunkan hubungan antara ahlinya dan komuniti perniagaan di Malaysia.

 

Ia bagi menggalakkan dan menyokong perdagangan serta pelaburan antara Perancis-Malaysia sekali gus meningkatkan urusan perniagaan dalam kalangan ahlinya.

 

Menurut Azrul Affandhi, ketika ini Stare Resources dilantik sebagai wakil tunggal di Malaysia bagi syarikat kejuruteraan ketenteraan Perancis, CEFA dan Pronal.

 

Sebagai ahli CCFIM, pihaknya boleh menjadi pemudah cara serta mengetengahkan teknologi kejuruteraan Perancis di sini dan begitu juga menawarkan teknologi yang Malaysia ada ke sana.

 

Kapal
Stare Resources ingin menjadi peneraju dalam bidang kejuruteraan berkaitan jambatan.

 

“Keahlian ini juga memberi signifikan besar pada Stare Resources sebagai penyumbang pada industri pertahanan negara.

 

“Sebagai ahli CCFIM kita mempunyai akses untuk berhubung dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan agensi-agensi berkaitan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

 

“Hasrat Stare Resources adalah untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan industri pertahanan demi kemajuan ATM khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi seumpamanya,” ujar beliau. - DagangNews.com