STeP rancang anjurkan lebih banyak progam, karnival jualan bantu usahawan Perak | DagangNews Skip to main content

STeP rancang anjurkan lebih banyak progam, karnival jualan bantu usahawan Perak

Program Cherita Secangkir Kopi berjaya mencapai RM70,000 jualan.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 4 Dis - Lebih banyak program keusahawanan ala karnival dengan skop yang lebih khusus akan diadakan bertujuan mempromosi dan memperkenalkan produk tempatan.

 

Ini susulan sambutan program Cherita Secangkir Kopi yang diadakan di Padang Polo pada Sabtu lalu yang berjaya mengumpul jualan sebanyak RM70,000.

 

Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, karnival sebegini juga memberi ruang kepada usahawan muda menonjolkan perniagaan mereka.

 

Kopi

 

Kopi

 

Menurut beliau, program-program keusahawanan sedemikian akan diteruskan dengan fokus mempelbagaikan jenis produk dan jenama dan usahawan belia

 

“Jualan sangat luar jangkaan kami sebenarnya dan memang karnival jualan ini amat baik dan membantu semua 40 usahawan yang terlibat.

 

“Macam akan kita dibuat pada masa akan datang dengan kerjasama pelbagai agensi-agensi usahawan terutama penyertaan pameran dan karnival jualan dalam dan luar negara,” ujarnya kepada Dagang News.

 

Program Cherita Secangkir Kopi yang merupakan inisiatif menerusi Pejabat Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Perak yang mana STeP merupakan agensi di bawahnya.

 

Kopi
Menteri Besar, Dato' Seri Saarani Mohamad semasa hadir merasmikan program Cherita Secangkir Kopi.

 

Ia juga bertujuan membantu usahawan kopi di negeri Perak serta menjadikan Ipoh sebagai destinasi kopi selain menjadi salah satu tarikan pelancong luar.

 

Jelas Mohd. Rozlan, program terdekat yang bakal dijalankan selepas ini ialah Karnival Usahawan UDA di Angsana Mall Greentown pada 8 hingga 10 Disember.

 

Ia merupakan anjuran STeP dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta UDA Holdings.

 

“Sebanyak 50 lot tapak jualan disediakan kepada usahawan yang layak yang mana sebahagia yuran penyertaan akan dibiayai oleh STeP.

 

“Usahawan yang ingin turut serta atau mengetahui lebih lanjut tentang karnival ini boleh melayari laman media sosial STeP,” ujarnya.- DagangNews.com