KUALA LUMPUR 11 Jan. - Stok minyak sawit mentah (MSM) menyusut sebanyak 19.2% kepada 583.761 tan pada Disember 2020.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata,
jumlah itu lebih rendah berbanding stok yang dicatatkan pada bulan November sebelumnya iaitu sebanyak 722.451 tan.
"Stok minyak sawit yang diproses menyusut 18.85% berbanding bulan sebelumnya kepada 681.120 tan pada bulan tersebut.
"Stok itu juga lebih rendah berbanding 839.307 tan pada bulan sebelumnya," jelas MPOB dalam laporan prestasi bulanan industri minyak sawit bagi Disember 2020 seperti dilapor The Edge.
Pengeluaran MSM pada bulan sama turut merosot 10.59% bulan ke bulan kepada 1.33 juta tan berbanding 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya.
Output isirung sawit pula lebih rendah apabila hanya mencatatkan 11.41% kepada 310,204 tan daripada 350,144 tan pada November 2020.
Tambah MPOB, jumlah eksport minyak sawit pada bulan tersebut bagaimanapun meningkat 24.66% kepada 1.62 juta tan berbanding 1.3 juta tan pada bulan sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah eksport oleokimia sawit negara merosot 5.91% kepada 246,844 tan daripada 262.392 tan pada sebelumnya.
"Eksport biodiesel melonjak 111.34% kepada 42,913 tan berbanding 20,305 tan pada November 2020.
"Sementara eksport minyak isirung sawit juga meningkat 58.64% kepada 145,551 tan daripada 91,747 tan pada November.
"Eksport dedak isirung sawit (PKC) menurun 22.75% kepada 168,208 tan pada Disember 2020 daripada 217,753 tan pada November 2020," tambah MPOB lagi. - DagangNews.com