Sultan Selangor pemegang saham besar Transocean dengan 30.72% kepentingan | DagangNews Skip to main content

Sultan Selangor pemegang saham besar Transocean dengan 30.72% kepentingan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj dari Selangor telah muncul sebagai pemegang saham besar Transocean Holdings Bhd dengan 30.72% kepentingan.

 

Menurut makluman syarikat logistik dan IT tersebut di Bursa Malaysia pada 28 April, baginda merupakan pemegang saham Digital Planners Sdn Bhd, yang mengawal tidak kurang daripada 20% saham pengundian Enfrasys Consulting Sdn Bhd.

 

Enfrasys pula mempunyai 20 juta saham atau 30.72% pegangan dalam Transocean.

 

Pada pukul 5:07 petang, saham Transocean telah menyusut 17 sen atau 7.7% kepada RM2.03, memberikannya permodalan pasaran RM132.15 juta. -DagangNews.com