Sunview teroka peluang perniagaan tenaga boleh diperbaharui di Kemboja | DagangNews Skip to main content

Sunview teroka peluang perniagaan tenaga boleh diperbaharui di Kemboja

Presiden Kun Production Trading Export Co., SO Chanmolyda dan HP Ong tengah dalam majlis pemeteraian perjanjian perikatan perniagaan strategik untuk meneroka peluang perniagaan tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau di Kemboja.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 15 Jan - Sunview Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd telah memeterai perjanjian perikatan perniagaan strategik dengan rakan kongsi perniagaan strategik di Kemboja.

 

Syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) itu berkata perjanjian membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dan meneroka peluang perniagaan berhubung cadangan projek tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau di Kemboja.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunview, HP Ong menyatakan bahawa kerjasama tersebut memperluaskan jangkauan geografi kumpulan melangkaui pasaran tempatan.

 

Beliau berkata, sinergi tersebut bersedia untuk mengukuhkan kedudukan Sunview dengan signifikan dalam industri, menandakan pencapaian penting dalam komitmen kumpulan terhadap rumusan tenaga mampan.

 

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dalam mempromosi kehidupan mampan.

 

“Kelestarian bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia memerlukan usaha kolektif daripada kita semua.

 

“Saya amat optimis bahawa kerjasama ini akan membuahkan hasil yang bermakna, menyumbang secara positif kepada alam sekitar dan komuniti tempat kami berkhidmat,” ulas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalillail; Gabenor Wilayah Tboung Khmum, Cheam Chansophorn; serta Pengarah dan Pemegang Saham Sirage Energy Sdn Bhd, Datuk Sohaimi Shahadan. - DagangNews.com