Suruhanjaya Sekuriti umumkan pelantikan Yew Yee Tee, Shamsul Bahriah Shamsudin | DagangNews Skip to main content

Suruhanjaya Sekuriti umumkan pelantikan Yew Yee Tee, Shamsul Bahriah Shamsudin

KUALA LUMPUR 30 April - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Yew Yee Tee dan Shamsul Bahriah Shamsudin sebagai Ketua Kaunsel dan Pengarah, berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

 

SC dalam kenyataannya berkata, Yee Tee kini adalah Pengarah Eksekutif Pengawasan Pengantara & Dana suruhanjaya itu.

 

Ia berkata, sebelum menyertai SC pada 2020, beliau ialah Ketua Pegawai Kawal Selia Bursa Malaysia Bhd.

 

"Yee Tee akan menggantikan Chee Fei Meng, yang memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya yang tamat pada 15 April 2022.

 

"Bagi membolehkan peralihan yang lancar, Fei Meng akan terus berkhidmat dengan SC sehingga 30 Jun 2022," katanya dalam satu kenyataan.


 

Chee Fei Meng
Chee Fei Meng

 


SC berkata, Shamsul Bahriah pula kini adalah Ketua Pengawasan Institusi dan telah berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 19 tahun.

 

"Beliau akan menggantikan Yee Tee sebagai Pengarah Pengawasan Pengantara & Dana," katanya.

 

SC mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Foo Lee Mei, yang pada 6 April 2022, memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal. Lee Mei akan terus berkhidmat menurut notisnya sehingga 20 Mei 2022.


 

Foo Lee Mei
Foo Lee Mei

 


Selain itu, Pengarah Eksekutif Strategi Digital & Inovasi Chin Wei Min, pada 28 April 2022, meletakkan jawatan dengan notis dua bulan.

 

SC telah mengenal pasti calon dalaman untuk menggantikan Wei Min, yang mana tertakluk kepada pengesahan dan pemformalan, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.


 

 Chin Wei Min
Chin Wei Min

 


SC juga ingin menegaskan bahawa bertentangan dengan spekulasi media baru-baru ini, peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Kaunsel adalah tidak berkaitan.

 

Ia berkata, keputusan telah dibuat sebelum pengumuman peletakan jawatan pengerusi eksekutifnya pada 28 April. - DagangNews.com