Sweet Qismina dilantik sebagai Duta Jenama Nanowhite | DagangNews Skip to main content

Sweet Qismina dilantik sebagai Duta Jenama Nanowhite

Sweet Qismina memperagakan Nanowhite Double Action Intensive Serum

KUALA LUMPUR 19 April - Nanowhite, pakar penjagaan kulit pencerah di bawah syarikat induk Tohtonku, melantik Sweet Qismina sebagai duta jenama baharunya untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia yang muda, urban dan bercita-cita tinggi.

 

Jenama ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti Malaysia untuk membantu mengukuhkan hubungan dengan lebih mendalam dengan pengguna sasarannya.

 

Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd Patrick Ee berkata, pihaknya mahu mengukuhkan komitmen jenama kepada pengguna.

 

''Kami percaya bahawa dengan bekerjasama rapat dengan Sweet Qismina yang menjiwai semangat anak muda Malaysia, kami akan dapat memahami dengan lebih baik cara mereka berfikir dan bertindak, dan seterusnya memenuhi keperluan mereka dengan lebih tepat.

 

''Kami mahu mereka tahu bahawa kami memahami mereka dan sentiasa berusaha menambah baik tawaran kami dan memenuhi keperluan khusus mereka. Kami percaya Sweet Qismina adalah personaliti yang sempurna untuk bercakap dengan hati dan fikiran pelanggan Malaysia kami,” kata beliau pada majlis pengumuman baru-baru ini.

 

Yang turut hadir ialah Pengurus Jenama Nanowhite Shayne Lim,  Pengurus Pemasaran Tohtonku Ashley Sin dan Pengurus Dagangan Watsons Jasmine Ho.


 

nano
Dari kiri Shayne Lim, Sweet Qismina, Patrick Ee, Ashley Sin dan Jasmine Ho pada majlis pengumuman Duta Jenama, baru-baru ini.

 


Sebagai pengguna setia produk Nanowhite, Sweet Qismina adalah duta jenama yang ideal bagi mewakili aspirasi jenama dan anak muda Malaysia yang bercita-cita seperti beliau.

 

“Saya benar-benar berbesar hati dipilih sebagai duta jenama untuk Nanowhite. Saya telah menjadi pengguna setia produk Nanowhite sejak muda dan saya sangat menyukai cara produk ini membantu saya menangani masalah kulit saya. Sama seperti saya, ramai rakan sebaya saya mempunyai aspirasi sama dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita mereka.

 

''Oleh itu, saya berminat untuk bekerjasama dengan Nanowhite bagi membantu orang lain seperti saya menjaga diri mereka sambil berusaha mengejar impian mereka,” katanya.

 

Seiring dengan kempen baharu mereka yang dinamakan ‘Ayu Berseri, Seindah Aidilfitri’ yang memfokuskan kepada erti kecantikan sebenar, Nanowhite mahu pelanggan mudanya mengetahui bahawa kebaikan, bersifat pemurah dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah perkara yang benar-benar menjadikan seseorang itu cantik dari dalam.

 

Untuk memulakan kempen, Nanowhite akan membuka ‘pop-up store’ di Pusat Beli-Belah MyTOWN bermula 15 April hingga 24 April yang bertujuan membolehkan orang ramai merasai pengalaman jenama ini dan mengambil bahagian dalam usaha amalnya bagi membina jenama yang lebih baik.

 

‘Pop-up store’ akan turut menampilkan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif, iaitu peluang untuk mengalami rangkaian Nanowhite Double Action, tempat ‘Instagrammable’, tapak pameran konsultasi kecantikan dan banyak hadiah serta promosi yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk membeli stok rangkaian produk Nanowhite mereka. - DagangNews.com