TA Investment buka Hab Perniagaan baharu, kukuhkan operasi di pasaran | DagangNews Skip to main content

TA Investment buka Hab Perniagaan baharu, kukuhkan operasi di pasaran

Dari kiri, Datin Alicia Tiah dan Wong Mien merasnikan Hab Perniagaan TAIM 

 

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 22 Nov - TA Investment Management Berhad (TAIM) hari ini merasmikan pembukaan Hab Perniagaan baharunya di tingkat 33 Menara TA One untuk mengukuhkan perniagaan perundingannya di ibu negara.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TA Enterprise, Datin Alicia Tiah berkata, TAIM telah menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan aset di bawah pengurusannya (AUM) kini mencecah lebih RM11 bilion, mewakili pertumbuhan lebih 1000% daripada RM1 bilion pada 2016.

 

Katanya, Hab Perniagaan baharu di Menara TA One menampilkan ciri baharu dibina seperti bilik persidangan yang luas, ruang pertemuan pelanggan dan bilik latihan untuk menyediakan perunding dengan platform yang kondusif untuk bertemu dengan pelanggan serta bakal rekrut.

 

“Kami percaya untuk melabur dalam kakitangan kami dan ia adalah langkah strategik untuk menubuhkan hab perniagaan baharu ini di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran. 

 

"Pejabat baharu ini merupakan langkah untuk meluaskan kehadiran syarikat  di Malaysia termasuk membuka pusat perniagaan baharu di Ipoh awal tahun ini.

 

"Kami berharap pejabat ini akan menjadi pusat kecemerlangan perunding kami untuk mengembangkan perniagaan mereka bersama kami dan membawa TAIM ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Majlis perasmian Hab Perniagaan baharu TAIM turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TAIM, Wong Mien. 

 

Sementara itu Mien berkata, Hab Perniagaan baharu itumemainkan peranan penting kepada pertumbuhan dan kejayaan perniagaan dan kami berharap untuk mencipta pencapaian yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang. 

 

"Kami kekal komited dalam mewujudkan tempat kerja yang inklusif dan menarik di mana bakat kami boleh berkembang lebih maju,” katanya. 

 

TAIM, anak syarikat TA Securities Holdings Berhad telah diperbadankan pada 17 April 1995 dan mula beroperasi pada 1 Julai 1996. 

 

Sehingga 31 Oktober 2021, TAIM mempunyai jumlah AUM sebanyak RM11.55 bilion, merupakan gabungan dana unit amanah dan portfolio mandat langsung di bawah pengurusannya. 

 

TAIM mempunyai lebih daripada dua puluh tahun pengalaman dalam menguruskan dana unit amanah dengan sejumlah tiga puluh sembilan dana di bawah pengurusannya, di mana lapan daripadanya adalah dana patuh Syariah dan tiga puluh satu adalah dana konvensional.

 

Portfolio pelaburannya terdiri daripada spektrum dana yang luas daripada risiko rendah hingga tinggi dan memenuhi keperluan dan objektif kewangan pelabur yang berbeza.  -DagangNews.com