Tabung Haji lancar akaun deposit dalam talian, Pos Online | DagangNews Skip to main content

Tabung Haji lancar akaun deposit dalam talian, Pos Online

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan sebuah platform perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian melalui 'Pos Online' di www.posonline.com.my.  

 

Platform itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad.

 

“Langkah ini sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan. 

 

“Selain itu, ini juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (Compliance Due Diligence - CCD) dipenuhi sepenuhnya. 

 

“Sehubungan dengan itu, mulai 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” kata TH dalam sebuah kenyataan hari ini.

 

Pertanyaan lanjut boleh hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC), di talian +603 - 6207 1919, fax : +603 - 7728 4959 dan e-mail : th-info@lth.gov.my. - DagangNews.com